PERTANDINGAN MINI PICKLEBALL Bersempena Larian MAPPA XXI Tahun 2026

CHALLENGE
Ranked
Aug 08 - Aug 09, 2026
Putrajaya
Register Now

Tournament Organizers

Tournament Materials

Tournament Posters

Tournament Poster 1

Share This Tournament

Venue Information

Persiaran Perdana, Dataran Putrajaya

Persiaran Perdana, Presint 3

View venue details

About This Tournament

Dates

Aug 08 - Aug 09, 2026

Location

Putrajaya

Registration Deadline

August 05, 2026

Prize Pool

RM690.00 total value

Description

DOKUMEN MAKLUMAT & PERATURAN


PERTANDINGAN MINI PICKLEBALL MAPPA 2026

Bersempena Larian MAPPA XXI Tahun 2026 Putrajaya

“Gaya Hidup Sihat Pemangkin Agenda MADANI”


1. LATAR BELAKANG


LARIAN MAPPA XXI TAHUN 2026 PUTRAJAYA

“GAYA HIDUP SIHAT PEMANGKIN AGENDA MADANI”


Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memastikan kesejahteraan hidup masyarakat terus diperkukuhkan melalui amalan gaya hidup sihat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menganjurkan Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-21 (MAPPA XXI) Tahun 2026 di Putrajaya sebagai acara finale bagi siri penganjuran Larian MAPPA Tahun 2026.

Acara kemuncak ini berjaya menghimpunkan lebih 12,000 peserta yang terdiri daripada penjawat awam, badan korporat, komuniti setempat, institusi pendidikan serta masyarakat umum dalam suasana penuh semangat kesukanan dan perpaduan.

Penganjuran ini turut menjadi platform untuk memupuk budaya hidup sihat, memperkukuhkan hubungan komuniti serta menyokong agenda kesejahteraan dan perpaduan negara melalui aktiviti riadah berskala nasional.

Sebagai salah satu aktiviti sokongan bersempena Larian MAPPA XXI Tahun 2026, Pertandingan Mini Pickleball MAPPA 2026 dianjurkan sebagai inisiatif untuk memperluaskan penglibatan peserta dalam aktiviti sukan serta memperkenalkan sukan pickleball sebagai salah satu bentuk riadah yang aktif, santai dan kompetitif dalam kalangan penjawat awam.

Pertandingan ini menyediakan platform interaksi sosial, memupuk semangat kesukanan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat selaras dengan aspirasi penganjuran Larian MAPPA 2026.


2. VISI

Mewujudkan komuniti penjawat awam yang aktif, sihat dan bersatu melalui penglibatan dalam aktiviti sukan.


3. MISI

Menganjurkan pertandingan pickleball yang tersusun, inklusif dan menyeronokkan bagi menggalakkan penyertaan aktif serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan penjawat awam.


4. OBJEKTIF

Penganjuran pertandingan ini adalah bertujuan untuk:

  • Menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal dan sukan.
  • Meningkatkan penglibatan penjawat awam dalam aktiviti rekreasi.
  • Memperkenalkan sukan pickleball kepada komuniti penjawat awam.
  • Mengeratkan hubungan sosial serta semangat kerjasama melalui penyertaan dalam pertandingan berpasukan.
  • Menyediakan platform riadah yang sihat dan kompetitif dalam kalangan warga penjawat awam.


5. BUTIRAN PERTANDINGAN


Nama Pertandingan

Pertandingan Mini Pickleball MAPPA 2026


Penganjuran

Bersempena Larian MAPPA XXI Tahun 2026 Putrajaya


Tema

“Gaya Hidup Sihat Pemangkin Agenda MADANI”


Tempat

Dataran Putrajaya, Presint 3


Tarikh

8 Ogos 2026 (Sabtu)


Masa

7:30 pagi – 1:00 petang


Kelayakan Peserta

Terbuka kepada penjawat awam sahaja


Penganjur Utama

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) & Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)


6. KATEGORI PERTANDINGAN


Pertandingan akan dipertandingkan dalam kategori berikut:


6.1 Beregu Lelaki

  • Jumlah penyertaan: 8 pasukan


6.2 Beregu Wanita

  • Jumlah penyertaan: 8 pasukan


6.3 Beregu Campuran

  • Jumlah penyertaan: 8 pasukan


Jumlah keseluruhan penyertaan adalah terhad kepada: 24 pasukan sahaja


7. SYARAT PENYERTAAN


  • Penyertaan adalah terbuka kepada penjawat awam sahaja.
  • Semua peserta mestilah merupakan penjawat awam yang sah.
  • Setiap pasukan terdiri daripada dua (2) orang pemain.
  • Penyertaan adalah berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat (first-paid, first-confirmed).
  • Penyertaan hanya akan disahkan selepas bayaran yuran diterima.
  • Tiada keperluan penggunaan penarafan DUPR bagi pertandingan ini.


8. FORMAT PERTANDINGAN


8.1 Peringkat Kumpulan

  • Semua pasukan akan dibahagikan kepada kumpulan masing-masing.
  • Perlawanan peringkat kumpulan menggunakan format liga satu pusingan (round robin).
  • Setiap pasukan akan bertemu semua pasukan lain dalam kumpulan yang sama.
  • Kedudukan pasukan akan ditentukan berdasarkan keputusan perlawanan yang direkodkan.


8.2 Peringkat Kalah Mati

  • Dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.
  • Peringkat kalah mati menggunakan format penyingkiran tunggal (single elimination).
  • Pasukan yang memenangi perlawanan akhir akan dinobatkan sebagai pemenang kategori masing-masing.


Nota:

Penganjur berhak membuat perubahan terhadap format pertandingan berdasarkan jumlah penyertaan, faktor masa dan keperluan operasi bagi memastikan kelancaran pertandingan.


9. FORMAT PERLAWANAN


  • Semua perlawanan dimainkan sehingga 13 mata.
  • Sistem kiraan mata rally scoring akan digunakan.
  • Pasukan yang mencapai 13 mata terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.
  • Sistem sudden death digunakan sekiranya mata terikat sebelum mata kemenangan dicapai.


Nota:

Penganjur berhak membuat perubahan terhadap format perlawanan sekiranya diperlukan berdasarkan keadaan semasa pertandingan.


10. JADUAL ACARA


7:30 pagi

Pendaftaran peserta dan sesi pemanasan badan


8:00 pagi

Perlawanan bermula


1:00 petang

Tamat pertandingan


11. YURAN PENYERTAAN


Yuran penyertaan adalah: RM25.00 bagi setiap pasukan


Yuran penyertaan merangkumi:

  • Pengurusan pertandingan.
  • Pengurusan teknikal pertandingan.
  • Penyediaan bola rasmi pertandingan.


12. HADIAH PEMENANG


Hadiah akan disediakan kepada:

  • Johan
  • Naib Johan
  • Tempat Ketiga

Bentuk hadiah:

  • Medal.
  • Wang tunai.

Jumlah hadiah akan diumumkan oleh pihak penganjur kemudian.


13. PERALATAN PERTANDINGAN

  • Setiap pemain perlu menyediakan paddle pickleball sendiri.
  • Pihak penganjur tidak menyediakan paddle pickleball untuk kegunaan peserta.
  • Peserta dinasihatkan menggunakan paddle yang mematuhi spesifikasi peralatan pickleball yang diterima pakai.
  • Bola rasmi pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur.


14. PERATURAN PERTANDINGAN

  • Semua peserta hendaklah hadir sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu perlawanan.
  • Pemain atau pasukan yang gagal hadir apabila dipanggil boleh diberikan kekalahan percuma (walkover).
  • Semua keputusan pengadil pertandingan adalah muktamad.
  • Sebarang perkara yang tidak dinyatakan dalam dokumen ini akan dirujuk kepada USAP Pickleball Official Rulebook 2026.


15. TANGGUNGJAWAB DAN LIABILITI

Semua peserta mengambil bahagian dalam pertandingan ini atas risiko sendiri.


Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap:

  • Sebarang kecederaan yang berlaku sepanjang pertandingan.
  • Sebarang kemalangan sebelum, semasa atau selepas pertandingan.
  • Kehilangan, kerosakan atau kehilangan barang peribadi peserta.


16. HAK PENGANJUR


Pihak penganjur berhak untuk:

  • Membuat perubahan terhadap jadual pertandingan.
  • Mengubah format pertandingan berdasarkan keperluan semasa.
  • Menentukan kelayakan peserta.
  • Membatalkan penyertaan peserta yang tidak memenuhi syarat.
  • Membuat sebarang keputusan yang difikirkan perlu bagi memastikan kelancaran pertandingan.


Selain itu, peserta dengan ini bersetuju bahawa:

  • Segala maklumat yang diberikan semasa proses pendaftaran seperti nama peserta, maklumat pasukan dan maklumat berkaitan penyertaan boleh digunakan oleh Pihak Penganjur bagi tujuan pengurusan pertandingan, rekod penyertaan, dokumentasi, laporan acara dan urusan berkaitan penganjuran.
  • Pihak Penganjur berhak menggunakan, menyimpan dan menerbitkan bahan berkaitan pertandingan termasuk gambar, video, rakaman aktiviti, keputusan pertandingan, statistik penyertaan serta bahan dokumentasi lain bagi tujuan laporan, hebahan, promosi, publisiti dan rujukan berkaitan acara.
  • Penggunaan bahan tersebut boleh dibuat melalui pelbagai medium termasuk media sosial rasmi, laman sesawang, bahan penerbitan, laporan program atau mana-mana saluran komunikasi rasmi Pihak Penganjur.

Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad.


17. PERSETUJUAN PENYERTAAN

Dengan membuat pendaftaran, semua peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua syarat, terma serta peraturan pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.