KEJOHANAN PICKLEBALL JUNIOR BAWAH 15 (U15) ANTARA KELAB KOMUNITI PUTRAJAYA 2026

CHALLENGE
Unranked
Aug 09 - Aug 09, 2026
Putrajaya

Tournament Organizers

Share This Tournament

About This Tournament

Dates

Aug 09 - Aug 09, 2026

Location

Putrajaya

Registration Deadline

August 06, 2026

Prize Pool

RM300.00 total value

Description

DOKUMEN MAKLUMAT & PERATURAN


KEJOHANAN PICKLEBALL JUNIOR BAWAH 15 (U15)

ANTARA KELAB KOMUNITI PUTRAJAYA 2026


1. LATAR BELAKANG


Kejohanan Pickleball Junior Bawah 15 (U15) Antara Kelab Komuniti Putrajaya 2026 dianjurkan sebagai satu inisiatif pembangunan sukan di peringkat akar umbi, khususnya dalam kalangan golongan muda di sekitar Putrajaya.


Penganjuran kejohanan ini bertujuan menyediakan platform yang sihat dan kompetitif kepada pemain muda untuk mengasah kemahiran, membina keyakinan diri serta memupuk minat berterusan terhadap sukan pickleball.


Selain itu, kejohanan ini juga berperanan dalam mengeratkan hubungan antara kelab komuniti, menggalakkan interaksi sosial yang positif serta membentuk semangat kesukanan sejak usia muda.


Melalui penganjuran ini, diharapkan lebih ramai bakat muda dapat diketengahkan serta diberi peluang untuk berkembang dalam persekitaran pertandingan yang tersusun dan menyeronokkan.


2. VISI


Melahirkan generasi muda yang aktif, berdisiplin dan berdaya saing melalui penglibatan dalam sukan pickleball.


3. MISI


Menganjurkan kejohanan pickleball junior yang berkualiti, tersusun dan inklusif bagi membangunkan bakat serta memupuk minat sukan dalam kalangan pemain bawah 15 tahun.


4. OBJEKTIF


Penganjuran kejohanan ini adalah bertujuan untuk:


  • Menggalakkan penglibatan aktif golongan muda dalam aktiviti sukan.
  • Membangunkan bakat dan potensi pemain pickleball di peringkat junior.
  • Memupuk semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan.
  • Mewujudkan platform pertandingan yang sihat dan kompetitif.
  • Mengeratkan hubungan antara kelab komuniti melalui penyertaan berpasukan.


5. BUTIRAN PERTANDINGAN


Nama Pertandingan

Kejohanan Pickleball Junior Bawah 15 (U15) Antara Kelab Komuniti Putrajaya 2026


Penganjuran

Anjuran Gelanggang Pickleball P9F7, Putrajaya


Tema

“Muda Aktif, Sukan Membentuk Generasi”


Tempat

Gelanggang Pickleball P9F7, Putrajaya


Tarikh

9 Ogos 2026 (Ahad)


Masa

8:00 pagi – selesai


Kelayakan Peserta

Terbuka kepada pemain berumur bawah 15 tahun sahaja


6. KATEGORI PERTANDINGAN


Pertandingan ini adalah berbentuk acara berpasukan (team event) yang merangkumi kategori berikut dalam setiap perlawanan:

  1. Beregu Lelaki (Boy’s Doubles)
  2. Beregu Wanita (Girl’s Doubles)
  3. Beregu Terbuka (Open Gender Doubles)


Setiap pasukan perlu menghantar pemain bagi ketiga-tiga kategori tersebut bagi setiap pertemuan.

Jumlah penyertaan adalah terhad kepada: 6 pasukan sahaja


7. SYARAT PENYERTAAN


  • Penyertaan adalah terbuka kepada pemain berumur bawah 15 tahun sahaja.
  • Peserta mestilah mewakili kelab komuniti masing-masing.
  • Setiap pasukan perlu mempunyai pemain yang mencukupi untuk semua kategori perlawanan.
  • Penyertaan adalah berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat (first-confirmed, first-accepted).
  • Tiada keperluan penggunaan penarafan DUPR bagi pertandingan ini.


8. FORMAT PERTANDINGAN


  • Pertandingan akan dijalankan menggunakan format liga satu pusingan (single round robin).
  • Setiap pasukan akan bertemu dengan semua pasukan lain sekurang-kurangnya sekali.
  • Bagi setiap pertemuan antara dua pasukan, tiga (3) perlawanan akan dimainkan iaitu:
  • Beregu Lelaki
  • Beregu Wanita
  • Beregu Terbuka
  • Keputusan keseluruhan pertemuan akan ditentukan berdasarkan jumlah kemenangan perlawanan dalam satu-satu pertemuan tersebut.

Nota:

Penganjur berhak membuat perubahan terhadap format pertandingan berdasarkan jumlah penyertaan, faktor masa dan keperluan operasi bagi memastikan kelancaran pertandingan.


9. FORMAT PERLAWANAN


  • Semua perlawanan dimainkan sehingga 15 mata.
  • Sistem kiraan mata rally scoring akan digunakan.
  • Pasukan yang mencapai 15 mata terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.
  • Sistem sudden death digunakan sekiranya mata terikat sebelum mata kemenangan dicapai.

Nota:

Penganjur berhak membuat perubahan terhadap format perlawanan sekiranya diperlukan berdasarkan keadaan semasa pertandingan.


10. JADUAL ACARA


8:00 pagi

Pendaftaran peserta dan sesi pemanasan badan


8:30 pagi

Perlawanan bermula


Tamat

Majlis penutup dan penyampaian hadiah


Nota:

Jadual perlawanan bagi setiap pasukan adalah tertakluk kepada jadual tentatif yang telah ditetapkan. Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan jadual dari semasa ke semasa sekiranya perlu.


11. HADIAH PEMENANG


Hadiah akan disediakan kepada:

  • Johan
  • Naib Johan
  • Tempat Ketiga


Bentuk hadiah:

  • Medal
  • Hamper
  • Sijil penyertaan digital


12. PERALATAN PERTANDINGAN


  • Setiap pemain perlu menyediakan paddle pickleball sendiri.
  • Pihak penganjur tidak menyediakan paddle pickleball untuk kegunaan peserta.
  • Peserta dinasihatkan menggunakan paddle yang mematuhi spesifikasi peralatan pickleball yang diterima pakai.
  • Bola rasmi pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur.


13. PERATURAN PERTANDINGAN


  • Semua peserta hendaklah hadir sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu perlawanan.
  • Pemain atau pasukan yang gagal hadir apabila dipanggil boleh diberikan kekalahan percuma (walkover).
  • Semua keputusan pengadil pertandingan adalah muktamad.
  • Sebarang perkara yang tidak dinyatakan dalam dokumen ini akan dirujuk kepada USAP Pickleball Official Rulebook 2026.


14. TANGGUNGJAWAB DAN LIABILITI


  • Semua peserta mengambil bahagian dalam pertandingan ini atas risiko sendiri.
  • Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap:
  • Sebarang kecederaan yang berlaku sepanjang pertandingan.
  • Sebarang kemalangan sebelum, semasa atau selepas pertandingan.
  • Kehilangan, kerosakan atau kehilangan barang peribadi peserta.


15. HAK PENGANJUR


Pihak penganjur berhak untuk:

  • Membuat perubahan terhadap jadual pertandingan.
  • Mengubah format pertandingan berdasarkan keperluan semasa.
  • Menentukan kelayakan peserta.
  • Membatalkan penyertaan peserta yang tidak memenuhi syarat.
  • Membuat sebarang keputusan yang difikirkan perlu bagi memastikan kelancaran pertandingan.


Selain itu, peserta dengan ini bersetuju bahawa:

  • Segala maklumat yang diberikan semasa proses pendaftaran seperti nama peserta, maklumat pasukan dan maklumat berkaitan penyertaan boleh digunakan oleh Pihak Penganjur bagi tujuan pengurusan pertandingan, rekod penyertaan, dokumentasi, laporan acara dan urusan berkaitan penganjuran.
  • Pihak Penganjur berhak menggunakan, menyimpan dan menerbitkan bahan berkaitan pertandingan termasuk gambar, video, rakaman aktiviti, keputusan pertandingan, statistik penyertaan serta bahan dokumentasi lain bagi tujuan laporan, hebahan, promosi, publisiti dan rujukan berkaitan acara.
  • Penggunaan bahan tersebut boleh dibuat melalui pelbagai medium termasuk media sosial rasmi, laman sesawang, bahan penerbitan, laporan program atau mana-mana saluran komunikasi rasmi Pihak Penganjur.
  • Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad.


16. PERSETUJUAN PENYERTAAN


Dengan membuat pendaftaran, semua peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua syarat, terma serta peraturan pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.