Kejohanan MAKSAK 2026 - Pickleball

CHALLENGE
Unranked
Nov 21, 2026
Grand Rally Pickleball, Shah Alam

Tournament Organizers

Share This Tournament

About This Tournament

Dates

Nov 21, 2026

Location

Grand Rally Pickleball, Shah Alam

Registration Deadline

November 14, 2026

Prize Pool

RM0.00 total value

Description

1- NAMA PERTANDINGAN

MAKSAK Games – Pickleball


2- PENGANJUR

MAKSAK Malaysia

Jabatan Perdana Menteri


3- KELAYAKAN DAN PENDAFTARAN PESERTA

3.1 Setiap Badan Gabungan dikehendaki mendaftarkan 13 pegawai dan pemain

seperti berikut :

1 Pengurus

1 Jurulatih

1 Fisio

1 Beregu Lelaki

1 Beregu Wanita

1 Beregu Lelaki Veteran (45 Tahun ke atas)

1 Beregu Wanita Veteran (35 Tahun ke atas)

1 Beregu Campuran

*Setiap pemain dibenarkan untuk berdaftar dan bermain dalam satu

(1) acara sahaja.

Pengurus dan jurulatih dibenarkan bermain jika dia didaftarkan sebagai

salah seorang pemain tertakluk kepada syarat pendaftaran.


4- FORMAT DAN SISTEM KEJOHANAN

4.1 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-undang USA Pickleball

(USAP) yang berkuat kuasa dan diguna pakai oleh Persatuan Pickleball

Malaysia (MPA).

4.2 Kejohanan ini adalah mengikut kategori seperti berikut:

4.2.1 1 Beregu Lelaki

4.2.1 1 Beregu Wanita

4.2.3 1 Beregu Lelaki Veteran

4.2.4 1 Beregu Wanita Veteran

4.2.5 1 Beregu Campuran

4.3 Semua perlawanan adalah menggunakan rally scoring (Malaysia) 21 mata

sehingga 25 mata. Sekiranya perlawanan mencapai 20 mata sama,

perlawanan dilanjutkan sehingga mendapat perbezaan dua (2) mata.

4.4 Perlawanan peringkat kumpulan dan kalah singkir adalah perlawanan 1 set.

4.5 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kepada

format berikut:

4.5.1 Menang - 1 mata

4.5.2 Kalah - 0 mata

4.6 Sekiranya lebih daripada satu (1) pasukan memperolehi jumlah mata yang

sama, maka tatacara mengikut susunan kaedah berikut akan diambil kira

untuk menentukan kedudukan pasukan:

4.6.1 Keputusan perlawanan head-to-head;

4.6.2 Jumlah perbezaan mata bagi semua perlawanan;

4.6.3 Jumlah perbezaan mata bagi semua perlawanan head-to-head;

4.6.4 Jumlah perbezaan mata bagi perlawanan dengan pasukan yang

mendapat markah seterusnya terbaik;

4.6.5 Jumlah mata yang diperolehi bagi semua perlawanan; dan

4.6.6 Cabutan undi.

4.7 Pengadil

4.7.1 Perlawanan peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir –

satu (1) orang pengadil; dan

4.7.2 Perlawanan peringkat akhir – dua (2) orang pengadil.


5- PERALATAN PERTANDINGAN

5.1 Pakaian:

5.1.1 Semua pemain hendaklah memakai pakaian pickleball yang sopan

dan bersesuaian semasa berada di dalam gelanggang.

5.1.2 Warna pakaian tidak boleh menyamai warna bola pertandingan.

5.1.3 Pengarah kejohanan boleh mengarahkan pemain menukar pakaian

yang didapati tidak bersesuaian.

5.1.4 Jika pemain enggan mematuhi arahan menukar pakaian, pengarah

kejohanan boleh mengenakan tindakan forfeit untuk perlawanannya.

5.2 Paddle:

5.2.1 Semua paddle mestilah diluluskan oleh USAP dan mematuhi

spesifikasi paddle yang dibenarkan USAP.

5.2.2 Jika ketidakpatuhan ditemui sebelum perlawanan – pemain mesti

menukar paddle kepada paddle yang dibenarkan. Tiada penalti

dikenakan kepada pemain.

5.2.3 Jika ketidakpatuhan ditemui semasa perlawanan – match forfeit akan

dikenakan kepada pemain.

5.2.4 Jika ketidakpatuhan ditemui selepas perlawanan tamat – keputusan

perlawanan kekal.

5.3 Bola:

5.3.1 Pihak Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan bola pertandingan

jenis Franklin X-40 yang diiktiraf atau yang setaraf dengannya.


6- PINGAT DAN HADIAH KEMENANGAN

6.1 Hadiah kemenangan akan diberikan mengikut pecahan seperti berikut:-

6.1.1 Acara Beregu

a) Johan - 2 Medal x 5

b) Naib Johan - 2 Medal x 5

c) Ketiga Bersama - 2 Medal x 10

6.1.2 Pasukan Keseluruhan Terbaik

a) Johan - 1 Piala Pusingan

1 Piala Iringan

RM1,300.00

13 Medal

b) Naib Johan

- 1 Piala Iringan

RM910.00

13 Medal

c)Ketiga

- 1 Piala Iringan

13 Medal

RM650.00